Headlines News :
Home » » SETIAP INCI BUMI SABAH DIPERTAHANKAN: RANJIT

SETIAP INCI BUMI SABAH DIPERTAHANKAN: RANJIT

Written By The Tambadau on Friday, January 24, 2014 | 12:47 AM


KOTA KINABALU: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjanji untuk tidak akan membiarkan walau ‘seinci’ pun bumi Sabah dicerobohi oleh mana-mana pihak, kata Panglima 5 Briged, Brig. Jen. Datuk Ranjit Singh Ramday.

“Kepada sesiapa yang ingin menceroboh Sabah, ATM terutama 5 Briged memberi amaran jangan cuba untuk datang ke sini kerana kami sentiasa bersiap sedia menghadapi musuh,” kata Ranjit dalam sesi sidang media selepas menyempurnakan Perbarisan Perdana Hari Ulang Tahun 5 Briged kali ke-50, di Padang Kawad Rejimen Keenam Artileri Diraja (6 RAD), Kem Lok Kawi, di sini, kelmarin.

Bersempena dengan Uang tahun ke-50 5 Briged, Ranjit juga menegaskan bahawa kegagalan pihak penceroboh yang berusaha menakluki Sabah melalui Kampung Tanduo, Lahad Datu pada awal tahun lalu membuktikan kesiapsiagaan pasukan keselamatan Negara termasuk Anggota Tentera Malaysia (ATM).

Mengimbas kejadian pencerobohan di Kampung Tanduo, Ranjit berkata pihaknya telah menggerakkan seluruh anggota ke lokasi insiden tersebut untuk bersiap sedia 24 jam setiap hari.

“Peristiwa itu dianggap ujian oleh ATM terutama tentera darat 5 Briged kerana pertempuran yang dihadapi itu adalah pertempuran yang sebenar, bukannya hanya latihan seperti yang selalu dibuat sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, selain bertanggungjawab mempertahankan Negara, ATM terutama tentera darat 5 Briged tidak pernah melupakan tugas mereka untuk membantu masyarakat dan mempereratkan lagi hubungan antara pasukan tentera dan orang awam.

Katanya, ATM banyak membantu membina dan membaiki rumah-rumah orang miskin dan membaiki infrastruktur bekalan air di kawasan pedalaman dengan bantuan Kerajaan Negeri di bawah kerjasama program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Yang terkini katanya, ATM giat menjalankan aktiviti membaiki dan membina rumah-rumah bagi penduduk di kawasan Pitas.

Selain itu, Ranjit juga berkata pihaknya merancang untuk mempergiatkan lagi program-program di peringkat sekolah terutama yang melibatkan para pelajar Tingkatan Lima bagi menggalakkan golongan ini memilih untuk menyertai pasukan ATM.

Katanya, kini ATM kekurangan anak-anak Sabah yang memegang jawatan pegawai di peringkat atasan.

Sementara itu, Ranjit turut menyatakan bahawa para pegawai dan pasukan ATM telah diarahkan untuk berfikir ‘di luar kotak’ dan mempunyai inovasi dalam budaya kerja mereka.

Katanya, walaupun sudah menjadi kewajipan para pegawai dan anggota untuk mengikut arahan dari peringkat atasan, namun mereka juga perlu mengambil inisiatif dan berfikir lebih jauh.

“Mereka perlu menggunakan inisiatif dan fikir sepatutnya apa yang perlu dibuat…jangan hanya menunggu arahan,”.

“Apatah lagi latar belakang anggota ATM kini sudah berubah. Jika dahulu anggota ATM hanya belajar setakat darjah enam, namun kini banyak anggota ATM yang memiliki sijil belajar yang tinggi,” katanya.

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Support : The Tambadau Team
Copyright © 2014. The Tambadau - Penyokong Bolasepak Sabah - All Rights Reserved
Graphic and Design by The Tambadau Team
Proudly powered by Blogger Pro

Sumber rujukan utama kami bagi perkembangan bolasepak Sabah ialah di Sabah FA