Malaysia kini berada ditangga ke 153 dunia ranking FIFA. Berikut lima cara menurut pandangan goal.com
Mencari pengganti Safee Sali
Dengan umur mencecah 27, Safee Sali menjadi penyerang utama Malaysia kini dan pengganti setaraf dengannya perlu digilap segera. Gandingan beliau pula, Norshahrul Idlan hanya muda setahun dari beliau. Dengan itu pengganti kepada penyerang Duo itu perlu dicari segera.
Perlu lebih perlawanan antarabangsa yang kompetitif
Ramai peminat tidak nampak apa rasional skuad Harimau Malaya mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad negeri dalam liga Super atau Liga Perdana. Dengan kualiti yang hampir sama dengan skuad Rajagobal, menentang pasukan dari kelab liga Malaysia tidak memberikan banyak kesan ke atas skuad yang akan bertanding dalam Piala AFF ini. Secara tepatnya MALAYSIA PERLUKAN LEBIH PERLAWANAN KOMPETITIFuntuk naikkan ranking.
Line-up yang sering menjadi tanda Tanya
Pemilihan pemain sering menjadi tanda Tanya kepada pemerhati sukan. Pemain yang tidak perform dalam aksi liga turut terpilih. Dari pemerhatian semasa menentang Filiphina ramai pemain yang senang ‘dibuli’ oleh pemain-pemain Filiphina. Jentera tengah yang tidak kreatif dan hilang punca, gagal mengerakkan serangan dan umpanan yang lebih berbahaya. Pemain yang menyerlah dalam aksi Liga gagal digunakan sepenuhnya.
Tidak bernafsu untuk menang
Dengan melihat pada aksi menentang Filiphina, pemain begitu relax dan enjoy the game. Tiada urgency untuk menang biarpun ianya hanya sekadar perlawanan persahabatan. Tiada tekanan berterusan kepada pihak lawan dan seolah-olah seri sudah memadai. Mudah hilang tumpuan dan komunikasi antara pemain seringkali dilihat tiada kesefahaman.
Berhenti, Renung dan betulkan semula bolasepak Malaysia
Kontroversi, skandal dan pertengkaran tidak memberi apa-apa kebaikan untuk mana-mana pasukan.Pemain-pemain akan terganggu dan semangat seluruh pasukan terjejas. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sentiasa menjadi pusat tercetusnya pelbagai kontroversi. Baru-baru ini mereka membuat keputusan untuk menggantung Presiden Persatun Bolasepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa akibat mengkritik mereka. Kebanyakan pemerhati dan peminat merasakan bahawa kenyataan Tan Sri Anuar Musa agak tidak jauh dari kebenaran dan FAM sebagai badan pentadbir harus terbuka kepada pendapat dan kritikan sebegini bagi memajukan bolasepak tanahair.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !